Wednesday, July 16, 2008

Pilihan langsir ikut gaya hidup

Utusan Malaysia

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

LANGSIR mempunyai peranan melindungi rumah daripada sinaran cahaya matahari di samping menjadi penyeri kediaman.

Kini ia bukan sahaja terhad untuk keperluan untuk rumah tetapi juga menjadi hiasan utama di pejabat dengan menampilkan pelbagai corak dan jenis bidai yang menarik.

Rekaan langsir juga berubah mengikut peredaran masa seiring dengan cita rasa dan gaya hidup.

Menurut pemilik Curtain Craft, Noor Aliyah Mohd. Ali, pilihan fabrik langsir kini banyak dipengaruhi oleh konsep kediaman.

“Misalnya konsep Inggeris, moden atau tradisional kerana ia akan menggunakan hiasan langsir yang berbeza.

“Begitu juga alat menyangkut langsir yang mempunyai banyak pilihan seperti aluminium besi atau kayu.

“Di Curtain Craft, kami menyediakan perkhidmatan mengambil ukuran di rumah, menyediakan pelbagai pilihan langsir dan contoh ruang kediaman mengikut cita rasa pelanggan,” katanya.

Tambah Noor Aliyah, kedainya turut menjahit langsir, kusyen, cadar dan sarung bantal untuk bilik tidur dan ruang tamu.

“Kebanyakan masyarakat kini memilih tema langsir mengikut gaya hidup. Bagi mereka yang inginkan kehidupan yang ringkas, konsep moden seperti pilihan perabot dan langsir berwarna polos sesuai untuk mereka.

“Pilihan Inggeris juga tidak ketinggalan, dengan motif bunga yang menarik. Lebih cantik, jika ia sedondon dengan sarung kusyen dan alas meja,” ujarnya.

Namun demikian, Noor Aliyah memberitahu, fesyen langsir beropol, sama ada dua atau tiga keping yang diikat ke tepi atau dikembangkan satu persatu tetap menjadi kegemaran.

“Bagi bilik tidur, kain yang tebal dipilih bersesuaian dengan kegunaan bilik tersebut.

“Berbeza dengan ruang tamu untuk rumah pangsapuri mewah atau kondominium, kain yang jarang sesuai untuk ruang tamu,” katanya.

Di Curtain Craft, menurutnya, harga langsir yang ditawarkan dari RM15 hingga RM400 permeter mengikut jenis fabrik dan rekaan langsir yang dipilih.

Selain khidmat nasihat yang diberi, kata Noor Aliyah, pelanggan sendiri perlu bijak memilih konsep langsir yang sesuai dengan saiz ruang.

Ini bagi mengelak daripada suasana yang tidak seimbang, sama ada terlalu terang, malap mahupun gelap.

TIP memilih fabrik hiasan rumah (langsir, sarung kusyen, cadar, sarung bantal, alas meja, sofa)

- Pilih corak dan warna fabrik terlebih dulu sebelum memilih warna cat rumah.

- Fabrik polos digalakkan untuk konsep kediaman moden dan ringkas manakala fabrik bunga sesuai untuk mereka yang menggemari gaya kedesaan Inggeris.

- Menukar hiasan fabrik baru boleh mewujudkan suasana ceria tanpa perlu menukar semua perabot atau mengecat rumah menjelang Hari Raya.

- Warna alam seperti biru dan hijau sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan merehatkan minda

- Motif grafik berwarna terang dan mempunyai warna bertentangan agak menarik jika dijadikan cadar di bilik tidur sebagai titik tumpuan di bilik berkenaan.

- Jangan campur aduk warna untuk kusyen dan katil tetapi gunakan satu warna dengan berbeza ton untuk mewujudkan suasana harmoni di dalam rumah.

- Konsep etnik seperti bambu boleh dijadikan bidai atau tirai rumah yang menarik dan kain pua pula boleh dijadikan alas meja, penghias sofa dan sarung kusyen kecil yang menarik.

- Sesuaikan pilihan warna fabrik dengan warna dinding rumah dan konsep perabot.

Tuesday, July 15, 2008

Selamat Datang ke Laman Cik Noor !

Its been so long since i wanted to have my very own blog! Its so excited and this is a another milestone in my life...

My sole interest is purely in interior designing... my home is our very own palace. its the place for the family to gather and it should be more than just a house to rest. its a heaven! but if only it is made to be one.

That is why i love to decorate my house. and my favorite item is CURTAIN! rumah takkan nampak menarik tanpa langsir yang sesuai. langsir adalah hiasan utama dalam rumah. tak kiralah apa jua acara, majlis kenduri kendara, hari raya aidilfitri ke, aidil adha ke, langsir menyerlahkan rumah kita kan.

Ada yang suka langsir bercorak bunga, ada yang suka langsir abstract, ada yang suka langsir berwarna warni, ada juga yang suka kan langsir modern, scallop, pattern yang bermacam jenis dan corak. Saya pula sukakan kesemuanya!